Kos tersembunyi ketika buat Renovasi dan Bina Rumah ?
Ramai beranggapan, selepas bayar arkitek, owner tak akan keluar duit lagi selain untuk construction. Sebenarnya ada lagi bayaran yang perlu dibuat selain bayar arkitek lebih lagi untuk mendapatkan kelulusan dan juga supaya projek lebih lancar. Ramai terlepas pandang isu ni. Takpa sini kita cerita :
1. Caj proses pelan kepada PBT
Ini bayaran direct daripada owner kepada PBT. Ini dikira mengikut luas kawasan tambahan renovasi/binaan baru dan beberapa item di darab dengan rate yang ditetapkan. Biasa tak lari antara RM 500 – RM 2000.
2. Kos cagaran
Kena letak cagaran berbentuk tunai di kaunter PBT. Nanti dah siap reno/bina rumah, binaan siap tak menyimpang dari pelan lulus, boleh lah claim balik. Kos antara RM 500- RM 3000.
3. Kos sewa tong roro
Banyak PBT dah kuatkuasa benda ni. Tong roro perlu guna dari panel yang ditetapkan PBT. Kena bayar siap-siap sebelum surat kelulusan dikerluarkan. Rate dalam RM 250 per tong.
4. Kos servis engineer
Biasa binaan melebihi 2 tingkat, PBT memerlukan pelan struktur dari jurutera struktur. Dari segi good practice, drawing struktur memang diperlukan untuk memastikan binaan itu selamat.
Ramai skip benda ni. Bila dah retak struktur, baru nak cari engineer apa boleh buat untuk repair walhal engagement engineer perlu berlaku lebih awal lagi.
Engineer juga perlu untuk endorse borang G supaya rumah tersebut mendapat CCC, tak kira renovasi atau buat rumah baru.
Kos ranging from RM 2500-RM 10000 (tak tetap dan ikut engineer punya kiraan)
5. Kos soil investigation / SI
Tanah ni ada bermacam-macam jenis. Ada yang kandungan air tinggi, ada yang tanah padat dan ada juga tanah yang lembut.
Kerja SI ini perlu untuk mengkaji komposisi tanah dan seterusnya membantu engineer untuk design struktur foundation yang sesuai.
Info dari SI ini sangat penting untuk kegunaan engineer design struktur rumah. Ada kes engineer tersilap design, tanah lembut dari biasa, akhirnya rumah tetap mendap dan berlaku retak.
Kos dalam RM 500-RM 2500. Bergantung berapa point nak check.
Item-item ini arkitek kena inform kepada klien. Jarang lah item ini dimasukkan dalam fee servis arkitek tapi item-item ini arkitek biasa tolong uruskan untuk pihak klien.
Ini semua kos untuk memudahkan proses binaan. Kalau tak lulus, ada risiko kena saman. Kalau tak hire konsultan yang betul, ada possibility rumah dibina tak dapat CCC dan boleh jadi tak ikut spesifikasi.
Biasalah, nak benda elok, kena keluar kos sedikit. Harap membantu. Kalau ada nak tambah pun boleh.
Note: To protect our designers & suppliers community from spam and harassment. Your contact requested will be routed to Buildex.my representative. We will connect you to the representative asap.