Tukang Rumah Vs Kontraktor : Yang Manakah Pilihan Terbaik ?
Dalam perbincangan mengenai pembinaan rumah, ramai pemilik rumah cenderung untuk terlibat secara langsung dengan tukang rumah berbanding melalui kontraktor, disebabkan kos upah kepada tukang rumah yang lebih rendah berbanding kontraktor.
Namun, terdapat perbezaan antara kedua-dua entiti ini dalam proses pembinaan.
Apakah perbezaan antara kedua-duanya?
“Macam saya selalu cakap, buat rumah ni, do it right the first time! Sekali silap, koyak poket. Ok berbalik kepada cerita nak buat rumah terus dengan tukang rumah, pada saya elakkan lah.”
Ar. Sabirin Rosli
DGB Group
1. Tukang rumah tidak mempunyai lesen yang sah
Tukang rumah mungkin tidak mempunyai pendaftaran CIDB atau lesen yang sah, yang akan menyebabkan masalah dengan penjagaan bangunan (CCC). Ini boleh menyebabkan masalah insurans dan proses yang lebih rumit.
Lebih-lebih lagi, jika tukang rumah melarikan diri, mencari mereka kembali atau menyelesaikan projek yang tertunda menjadi lebih sukar. Dalam kes ini, kontraktor yang berdaftar menyediakan saluran yang lebih sah dan dapat dijangka untuk aduan dan penyelesaian masalah.
2. Kos tukang rumah lebih rendah tetapi kualiti kerja tidak dijamin
Tukang rumah mungkin kelihatan lebih murah, risikonya boleh membawa kepada masalah yang lebih besar dalam jangka masa panjang. Kontraktor yang berpengalaman mempunyai kelebihan dalam mematuhi undang-undang, mematuhi kontrak, dan mempunyai pelbagai tahap pengalaman dalam pelbagai projek.
Arkitek ada jaminan dan krediblity dari segi undang-undang. Setiap Arkitek yang didaftarkan telah melalui kelas dan latihan praktis undang-undang dan praktis bangunan
Isu | Tukang Rumah | Arkitek |
---|---|---|
Kualiti | Tukang rumah | Tertakluk kepada kesesuaian |
Tempat Aduan | Fesbuk | Lembaga Arkitek Malaysia |
Submission | Runner | Arkitek |
Guideline | Agak-agak | Ikut kesuaian |
Isu harga itu boleh bincang. Terdapat pelbagai peringkat kontraktor, ada kontraktor yang baru nak naik, ada yang sudah stabil, ada yang level datuk datin. Kena rajin buat ‘homework’ untuk mencari kontraktor yang sesuai.
“Pilih jalan selamat, bukan jalan murah”
Note: To protect our designers & suppliers community from spam and harassment. Your contact requested will be routed to Buildex.my representative. We will connect you to the representative asap.